TATACARA PEMAKAIAN DAN PANGKAT PEGAWAI KRS
Persoalan asas tentang pemakaian uniform di kalangan guru-guru KRS/TKRS di sekolah-sekolah, pegawai-pegawai yang memakai uniform KRS di PPD, JPN dan KPM. Dua perkara pokok yang sering ditimbulkan iaitu bagaimana cara berpakaian yang tepat dan siapakah personel yang layak memakainya.
PEGAWAI KRS
Definisi : Semua kakitangan PPPBS/PPPS di sekolah atau premis KPM yang terlibat dengan KRS atau TKRS. Di sekolah, semua guru yang terlibat dengan KRS/TKRS di panggil PEGAWAI KRS (tiada istilah pegawai TKRS)
Pegawai KRS (Guru Pemimpin KRS) dibahagikan kepada 2 kategori dengan pemakaian yang sedikit berbeza:
1. Pegawai Latihan
Guru penasihat KRS dan TKRS sama ada yang bertauliah (mengikuti Kursus Asas Tahap 1) atau belum bertauliah. pangkat yang disandang ialah antara Leftenan Muda ke Mejar bergantung kepada proses kenaikan kenaikan pangkat (lulus ujian kenaikan pangkat).
Tanda utama pada pemakaian ialah lanyard single dan lencana kolar tanpa pelapik merah.
2. Pegawai Pengurusan
Pegawai yang menjawat jawatan pengurusan tertentu bermula dari peringkat sekolah hingga kementerian. Pegawai Pengurusan KRS di sekolah ialah semua penolong kanan, guru besar/pengetua. Di sekolah menengah bermula daripada ketua bidang. Pangkat KRS disandang secara automatik setelah menjawat jawatan pengurusan tersebut.
Tanda utama pada pemakaian ialah menggunakan lanyard anyam dan lencana kolar berlapik merah.
PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGURUSAN KRS SEKOLAH
Sekolah Rendah
- Guru Besar – Komandan TKRS
- Semua Penolong Kanan – Timbalan Komandan TKRS
.
Sekolah Menengah
- Pengetua – Komandan KRS
- Semua Penolong Kanan – Timbalan Komandan KRS
- Semua Ketua Bidang – Penolong Komandan KRS
JENIS PEMAKAIAN PEGAWAI KRS
- Uniform No2 – Pakaian untuk acara rasmi. Bush Jacket KRS digunakan.
- Uniform No3 – Pakaian pejabat (sekolah). Dipakai seperti untuk menghadiri mesyuarat dan ke sekolah. Kemeja hijau muda
- Uniform No4 – Pakaian aktiviti dan latihan. Dipakai semasa menghakimi pertandingan kawad, menjalankan latihan dan perkhemahan.
Catatan : Semua guru KRS/TKRS layak memakai semua jenis pemakaian